Periksa
Periksa atau Peperiksaan merupakan ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. Tujuan peperiksaan diadakan adalah untuk menilai setiap individu berkenaan untuk mengenalpasti di mana kebolehannya.
Peperiksaan kebiasaannya akan diadakan di sekolah. Namun kini, jika kita ingin memohon kerja pun ada peperiksaan akan diadakan. Contohnya Peperiksaan untuk jawatan Suruhanjaya Pekhidmatan Awam Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai MyRecruitment .
Pendidikan di Malaysia
Di Malaysia terdapat beberapa jenis pendidikan. Diantara pendidikan yang ada di Malaysia ialah :- Prasekolah
- Pendidikan rendah
- Pendidikan menengah
- Pengajian tinggi
Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh
itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak
melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan
memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan matematik.
Jenis Peperiksaan di Malaysia
Terdapat empat ujian awam kebangsaan mengikut Pendidikan di Malaysia iaitu :- Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan semasa tahun 3 sekolah menengah.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tahun 5 sekolah menengah.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tahun 6 sekolah menengah.
Semoga berjaya !